Thursday 27 March 2014

URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KPM

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4129
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Perlu diingatkan bahawa kenaikan pangkat oleh LKPPP ke Gred DG41 dan urusan lantikan ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah dua urusan yang berlainan. Mana-mana pegawai yang berminat bagi memohon bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 tetapi pernah memohon ke SPP bagi urusan lantikan ke Gred DG41 perlu mengemukakan permohonan yang berasingan. Sebarang permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses. Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Makluman Kenaikan Pangkat ke DG42. Sila klik pada pautan ini.

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

http://apps.moe.gov.my/ehlp/ehlps/
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 26 Mac 2014 – 25 April 2014.  Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau di pautan ini. 

Monday 17 March 2014

Thursday 13 March 2014

Tuesday 11 March 2014

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2015/2016 SEKARANG

Untuk maklumat lanjut sila hubungi sekolah-sekolah yang berdekatan anda.

Saturday 8 March 2014

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN

Permohonan menjalankan kajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://eras.moe.gov.my dan perlu disertakan dengan kertas cadangan dan instrumen kajian yang lengkap. Kelulusan dari BPPDP adalah perlu sebelum sesuatu kajian dijalankan di presmis KPM termasuk sekolah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Hj Zabani bin Darus (03-8884 6578) atau Dr Maimunah bt Muda (03-8884 6593).

PROSES SOKONGAN DAN PENGESAHAN SECARA DALAM TALIAN OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNGAN KOMPETENSI TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru bagi tahun 2014 boleh dilaksanakan bermula 1 Mac 2014 sehingga 8 Mac 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.