Tuesday, 25 February 2014
Monday, 24 February 2014
Sunday, 23 February 2014
GURU TIDAK PERLU TERUSKAN PELAKSANAAN PBS SEHINGGA DIBERITAHU
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
Selain itu, antara tindakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari semasa ke semasa," katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
- BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 22 February 2014
TUNTUTAN I-BRIM TAKAFUL PERLINDUNGAN
PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN APTITUD TAHUN 3
Labels:
2014,
KPM,
Lembaga Peperiksaan,
Tahun 3,
ujian aptitud
Thursday, 20 February 2014
10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA
1.Robert Kuok (Kuok Group) : RM54.480billion
2.Ananda Krishnan (UsahaTegas) : RM33.193billion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) : RM18.066billion
4.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) : RM14.110 billion
5.Tan Sri Lee Shin Chen (IOI Group) : RM13.115 billion
6.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (Albukhary) : RM11.070 billion
7.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) : RM9.434 billion
8.Puan Seri Lee Kim Hua (Genting) : RM7.467 billion
9.Datuk Mokhzani Mahathir (SapuraKencana) : RM4.222 billion
10.Tan Sri Azman Hashim (Amcorp) : RM4.108 billion
2.Ananda Krishnan (UsahaTegas) : RM33.193billion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) : RM18.066billion
4.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) : RM14.110 billion
5.Tan Sri Lee Shin Chen (IOI Group) : RM13.115 billion
6.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (Albukhary) : RM11.070 billion
7.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) : RM9.434 billion
8.Puan Seri Lee Kim Hua (Genting) : RM7.467 billion
9.Datuk Mokhzani Mahathir (SapuraKencana) : RM4.222 billion
10.Tan Sri Azman Hashim (Amcorp) : RM4.108 billion
Wednesday, 19 February 2014
Tuesday, 18 February 2014
Sunday, 16 February 2014
BILIK GERAKAN PBS SEDIA MEMBANTU ANDA
Lembaga Peperiksaan telah menubuhkan Bilik Gerakan PBS yang bertujuan
untuk menangani isu-isu PBS serta memberi khidmat bantu pelaksanaan PBS.
Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan PBS boleh menghubungi talian seperti di bawah:
Talian Meja Bantuan:
03 - 8889 3640/ 03 - 8889 3520/ 03 - 8889 3601/ 03 - 8889 3551/ 03 - 8884 3022
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam
Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan PBS boleh menghubungi talian seperti di bawah:
Talian Meja Bantuan:
03 - 8889 3640/ 03 - 8889 3520/ 03 - 8889 3601/ 03 - 8889 3551/ 03 - 8884 3022
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam
Wednesday, 12 February 2014
BUKU PANDUAN 1 MURID 1 SUKAN KPM
AWAS PENDRIVE TIRUAN
Biasanya ia dijual di pasar malam atau pasar minggu secara terbuka, menawarkan kapasiti yang sangat besar seperti 32GB - 256GB pada harga yang terlalu rendah serta packaging yang agak kasar dan tidak kemas berbanding yang asli. Pembeli berisiko mengalami masalah kehilangan data kerana ia mudah rosak atau corrupt.
Tuesday, 11 February 2014
Monday, 10 February 2014
Sunday, 9 February 2014
KURSUS PEMBANGUN KOMPETENSI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN PPB 2014
Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Kursus ini dijalankan selama lima hari, bersamaan dengan 30 jam
secara sepenuh masa antara bulan Mac hingga November 2014. Kehadiran
dalam kursus ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk kenaikan
pangkat ke DG44 secara time-based.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014.
Surat Kursus PBB
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014.
Surat Kursus PBB
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG
Bagaimana mendaftar Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB?
- Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
- Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
- Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
- Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
- Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
- Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
- Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM PENGGAL 3 2013 ONLINE
Semakan keputusan peperiksaan STPM penggal 3 2013 secara online. Calon
boleh menyemak keputusan mulai 10 Februari 2014 seperti yang diumumkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Talian semakan keputusan STPM
penggal 3 secara online atau SMS akan dibuka bermula pada pukul 10 pagi.
Semakan Keputusan STPM Penggal 3 2013 Online
3 GELOMBANG BUKU TEKS DIGITAL KPM
Klik untuk besarkan.
Terdapat 313 judul Buku Teks Digital Kementerian Pelajaran
Malaysia. Merujuk pemberitahuan terkini dari Portal KPM. Buku teks boleh
diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman
1BestariNet.net. Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang
merangkumi tiga gelombang.Saturday, 8 February 2014
PROMOSI JURNAL PENDIDIKAN
Klik imej untuk ke laman sesawang.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerbitkan Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan
itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel
berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan
jurnal tersebut.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM
Thursday, 6 February 2014
Wednesday, 5 February 2014
ANDA BERMINAT MENJADI PEMIMPIN PENDIDIKAN? NPQEL JAWAPANNYA
Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus
yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi
proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki. Klik di sini untuk ke portal rasmi IAB.
Tuesday, 4 February 2014
Monday, 3 February 2014
BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN
Labels:
Lembaga Peperiksaan,
panduan,
pengurusan,
peperiksaan,
PMR,
SPM,
STPM,
upsr
Subscribe to:
Posts (Atom)