Wednesday 24 October 2012

LAPORAN KETIDAKHADIRAN MURID LINUS SEMASA SARINGAN 3,6 DAN 9 2012

Kepada semua Penyelaras LINUS Sekolah-Sekolah Rendah PPD Gua Musang. Tuan dikehendaki menghantar laporan tersebut melalui email linusppdgm@gmail.com selewat-lewatnya 2 Nov 2012. Sila muaturun laporan berbentuk excell pada ruang muaturun blog ini atau klik di sini.

PENGISIAN DATA SARINGAN 3, 6 dan 9 LINUS

Tarikh pengisian data murid bagi Saringan 3, 6 dan 9 LINUS  melalui Portal NKRA bermula dari 22 OKTOBER hingga 2 NOVEMBER 2012. Semua sekolah wajib mengemaskini semua data walaupun semua murid telah berada di ALIRAN PERDANA. Terima kasih.

Sunday 30 September 2012

KURSUS KSSR BM & BI TAHUN 3 PPD GUA MUSANG

 Kursus KSSR Bahasa Malaysia Tahun 3
Tarikh: 9 - 12 Oktober 2012
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: SK Tg. M. Fakhry Petra

Kursus KSSR Bahasa Inggeris Tahun 3
Tarikh: 16 - 19 Oktober 2012
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: PKG Gua Musang

Dokumen KSSR berkaitan boleh dimuaturun dan dicetak dari laman BPK

Wednesday 1 August 2012

MODUL PECUTAN AKHIR 2012 JPN KELANTAN

Modul Pecutan Akhir 2012 JPN Kelantan boleh dimuaturun. Anda juga boleh muaturun dari blog Akademik2u. Bersama lestarikan kecemerlangan akademik.

Thursday 26 July 2012

PASCA UJIAN PROTIM 2012

Pelaksanaan Pasca Ujian PROTIM 2012 bemula 29 Julai hingga 3 Ogos 2012 sebagaimana surat dan bahan edaran. Bahan-bahan juga boleh didapati di ruangan muaturun blog ini; 1. Soalan Pasca Ujian PROTIM 2012 (Mate) 2. Soalan Pasca Ujian PROTIM 2012 (BM).
Atau lawati laman BPK dan klik pada ruangan Modul & Bahan Sokongan. Terima kasih.

Sunday 22 July 2012

GERAK GEMPUR UPSR 2012

Makluman kepada mana-mana sekolah PPD Gua Musang yang inginkan soalan-soalan BI UPSR negeri-negeri lain, sila nyatakan nama anda, nama sekolah dan email di ruangan komen bagi post ini. Soalan akan diemailkan atau dimasukkan ke dalam kotak surat sekolah berkenaan.

Sunday 24 June 2012

UNTUK TINDAKAN PK PENTADBIRAN

1. Cambridge Placement Test (CPT) dilaksanakan oleh semua Guru BI (Opsyen & Bukan Opsyen) Sekolah Menengah dan Rendah PPD Gua Musang pada 24,24,26 Jun 2012.

2. Information & Communication Technology Literacy (ICTL) dilaksanakan bagi murid-murid Tahun 3,4 & 5 Sekolah Rendah PPD Gua Musang bermula 1 Julai 2012 - 30 September 2012.

3. Literacy & Numeracy Screening (LINUS) Saringan 8 & 2 (Lisan) sepertimana surat dan bahan edaran.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Zamri Yusoff (019-9509335) zamriyusoff@yahoo.com

Wednesday 20 June 2012

CAMBRIDGE ENGLISH PLACEMENT TEST


 TAKLIMAT PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS KEPADA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2012

TARIKH:  21 JUN 2012
MASA: 9.00 PAGI – 2.30 PTG
TEMPAT: DEWAN BESAR SM SAINS MACHANG, MACHANG
(Boleh dimuaturun CPT)

Wednesday 30 May 2012

KURSUS ICT LITERACY ( ICTL) YEAR 5 2012 JPN


 KURSUS ICT LITERACY ( ICTL)FOR PRIMARY SCHOOLS YEAR 5  TAHUN 2012
JABATAN PELAJARAN KELANTAN
 
Tarikh : 10 hingga 12 Jun 2012
Tempat : Kesedar Inn Gua Musang
Peserta : Guru BI (SK) dan BC (SJKC) Tahun 5
Keperluan Wajib : laptop, extension, Year 5 Text Book & HSP

Wednesday 23 May 2012

PRACTICAL ENGLISH TASKS (PET) MBMMBI JPN KELANTAN

Untuk tindakan SEGERA semua sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan Program Intervensi Bahasa Inggeris PET di bawah dasar MBMMBI JPN Kelantan sebagaimana surat dan bahan edaran. Semoga cuti sekolah anak-anak didik kita lebih bermakna dan bermanfaat. Ia juga boleh dimuaturun (PET Golden Holidays 2012)

KELAS TUISYEN BERFOKUS UPSR 2011 TAJAAN CIMB DGN KERJASAMA JPN KELANTAN

Mohon tindakan segera dari pihak sekolah terlibat sepertimana surat edaran iaitu SK Jeram Tekoh, SK Renok Baru dan SK Limau Kasturi 1. Kelas akan dimulakan 26 Mei 2012 (Sabtu). UPSR 2012 yang lebih cemerlang, Insya Allah.

Sunday 20 May 2012

SARINGAN KHAS LINUS KOHORT 2

Saringan Khas LINUS 2 akan dibuka pada 22 Mei 2012. Lestarikan komitmen demi kejayaan anak-anak didik.

MODUL STEP BY STEP UPSR BI PAPER 2 BY PUAN ASLINA BT KHAMIS

Kepada guru atau pihak sekolah yang berminat untuk mendapat modul tersebut, sila hubungi En. Zamri 019-9509335 atau zamriyusoff@yahoo.com. Modul adalah terhad.

Tuesday 24 April 2012

TERIMA KASIH

Terima kasih di atas kerjasama anda dalam menjayakan Program LINUS dan PROTIM. Pastikan data yang dihantar adalah tepat. Teruskan komitmen anda demi kejayaan anak didik kita duniawi dan ukhrawi...

Sunday 22 April 2012

BENGKEL PEMANTAPAN P&P BAH. MALAYSIA DAN BAH. INGGERIS UPSR 2012

Sasaran: Guru BM Tahun 6 UPSR
Tarikh: 29/4/2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: SK Sri Wangi, Gua Musang

Sasaran: Guru BI Tahun 6 UPSR
Tarikh: 29/4/2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: SK Sri Wangi 2

Kehadiran diwajibkan sebagaimana surat edaran. Jangan lepaskan peluang menimba teknik-teknik berkesan dari para penceramah jemputan yang berpengalaman.

Wednesday 18 April 2012

BENGKEL PENGAJARAN PENULISAN BI UNTUK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH

Bengkel tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: PPD Kuala Krai
Bayaran: RM20 untuk buku modul penulisan
Penceramah: Puan Aslina (Guru Pakar BI)

Kepada guru Bahasa Inggeris yang berminat, sila hubungi En. Mohd Zamri (019-9509335) atau emailkan nama, nama sekolah, no. h/p ke zamriyusoff@yahoo.com. Terima kasih.

RUMUSAN PRAUJIAN PROTIM 3M TAHUN 4,5 DAN 6 2012

Untuk tindakan segera Penyelaras PROTIM. Tuan/Puan perlu menghantar Rumusan Praujian ke PPD Gua Musang selewat-lewatnya 22 April 2012 (u.p Encik Mohd Zamri bin Yusoff):

1. Borang 3: Rumusan Sekolah Kemahiran Membaca dan Menulis PROTIM (Tahun 4,5 dan 6)
2. Borang 2: Rumusan Sekolah Kemahiran Mengira PROTIM (Tahun 4,5 dan 6)

Bahan-bahan berkenaan PROTIM telah diedarkan atau boleh dimuat turun dari blog ini. Kerjasama dan komitmen tuan/puan sangat dihargai.

Monday 19 March 2012

MESYUARAT PANITIA BI SEKOLAH RENDAH PPD GUA MUSANG BIL1/2012

Tindakan: Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK & SJK
Tarikh: 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: PKG Gua Musang
Agenda: Sila rujuk surat dan lampiran yg diedarkan