Wednesday 19 November 2014

BELASUNGKAWA ALLAHYARHAM TUAN HAJI ZAHARI BIN DAUD MANTAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN

Tuan Haji Zahari bin Daud 
Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan 
Tarikh Lahir : 15 Mei 1954 - 18 November 2014
Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan

Pengalaman :
• Guru Penolong di SMK (P) Pasir Mas ( 09.01.1978 - 30.04.1988) 
• Pen. Kanan 1 (Pentadbiran) di SMK Bunut Susu (01.05.1988-31.10.1995 ) 
• Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Pasir Mas/Tumpat (01.11.1995- 31.03.2000) 
• Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas-Tumpat( 01.04.2000 - 15.10.2000 ) 
• Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung Bachok, Kelantan(16.10.2000 - 31.07.2003) 
• Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas-Tumpat ( 01.08.2003 - 15.12.2004 ) 
• Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Kota Bharu (16.12.2004 - 29.02.2006) 
• Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan (01.03.2006 - 31.03.2010) 
• Timbalan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Kelantan (01.04.2010 - Bersara)

Thursday 17 July 2014

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS SSQS

http://ssqswpkl.btpnsel.edu.my/index.php
Adalah dimaklumkan bahawa penarafan SSQS pada tahun ini telah dimulakan pada 14hb Julai hingga 30hb Ogos 2014. Sekolah boleh membuat penarafan melalui URL berikut : http://ssqswpkl.btpnsel.edu.my/index.php

Wednesday 16 July 2014

APLIKASI SOKONGAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2014

Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) kini dibuka bermula 17 Julai 2014 sehingga 7 Ogos 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/programbpg untuk proses sokongan secara dalam talian.

Monday 16 June 2014

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB
PUSAT BAHASA ARAB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM (IPG KPI)
   

Tarikh                                    : 23 Jun 2014 hingga 22 Julai 2014
Tempat                                   : Pusat Bahasa Arab IPG KPI
Tarikh Pendaftaran              : 22 Jun 2014 (Ahad)
Yuran                                     : RM 600
  1. Kursus ini terbuka kepada calon lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang akan menduduki UKBA (Ujian Kelayakan Bahasa Arab) bagi tujuan melanjutkan pengajian di Mesir.
  1. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
    1. Dr. Jefridin Bin Pilus - Ketua Jabatan Hah Ehwal Pelajar IPG KPI di talian ini (019-3414606); atau
    2. Ustazah A’edah Binti Zakaria - Ketua Pusat Bahasa Arab di talian ini (019-2033348).

Friday 13 June 2014

SKIM BAZAR RAMADHAN 2014 PEMBIAYAAN MIKRO-I


Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
  • Warganegara Malaysia
Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Pinjaman tanpa faedah sehingga 30,000
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014
  • Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
  • Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
  • Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

JADUAL IMSAKIAH 1435H / 2014M BAGI NEGERI KELANTAN

https://www.box.net/shared/p83r545ukcc9j8zka3v6
Klik imej untuk muaturun.

JADUAL UPSR 2014

https://www.box.net/shared/3tjzfgnx9w4ua92rsxyg
Klik imej untuk muaturun.

Thursday 12 June 2014

KARNIVAL HIJRAH


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH AMBILAN 2014

 Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan PITO untuk guru sekolah menengah dan rendah bagi tahun 2014. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru melalui CPD (continuous profesional development).

Friday 2 May 2014

PROTIM PRAUJIAN MEMBACA, MENULIS, MENGIRA 2014

http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php

TEMA HARI GURU 1972-2014

2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saturday 26 April 2014

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE 57

Klik imej untuk besarkan.

PENAWARAN BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)

http://apps.moe.gov.my/ehlp/hlp/
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Sepenuh Masa (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 25 April (Jumaat)hingga 24 Mei 2014 (Sabtu). Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau sila klik di pautan ini.

HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014


Thursday 3 April 2014

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA/MSPADA] SESI 2014/2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

E-GTUKAR PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2014

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2014. Sila semak maklumat anda melalui laman web e-Operasi. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran dibuka.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

http://web.moe.gov.my/lp/

Thursday 27 March 2014

URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KPM

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4129
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Perlu diingatkan bahawa kenaikan pangkat oleh LKPPP ke Gred DG41 dan urusan lantikan ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah dua urusan yang berlainan. Mana-mana pegawai yang berminat bagi memohon bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 tetapi pernah memohon ke SPP bagi urusan lantikan ke Gred DG41 perlu mengemukakan permohonan yang berasingan. Sebarang permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses. Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Makluman Kenaikan Pangkat ke DG42. Sila klik pada pautan ini.

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

http://apps.moe.gov.my/ehlp/ehlps/
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 26 Mac 2014 – 25 April 2014.  Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau di pautan ini. 

Saturday 8 March 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA NPQEL AMBILAN 2/2014

http://aplikasi.iab.edu.my/npqel/1_semak_01.aspx
Klik imej untuk ke laman sesawang.

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN

Permohonan menjalankan kajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://eras.moe.gov.my dan perlu disertakan dengan kertas cadangan dan instrumen kajian yang lengkap. Kelulusan dari BPPDP adalah perlu sebelum sesuatu kajian dijalankan di presmis KPM termasuk sekolah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Hj Zabani bin Darus (03-8884 6578) atau Dr Maimunah bt Muda (03-8884 6593).

Monday 3 March 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4086
Klik imej untuk ke laman sesawang.,

PROSES SOKONGAN DAN PENGESAHAN SECARA DALAM TALIAN OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNGAN KOMPETENSI TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru bagi tahun 2014 boleh dilaksanakan bermula 1 Mac 2014 sehingga 8 Mac 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Sunday 23 February 2014

GURU TIDAK PERLU TERUSKAN PELAKSANAAN PBS SEHINGGA DIBERITAHU


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
Selain itu, antara tindakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari semasa ke semasa," katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
- BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd

CONTOH KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT BERUNTUNG 2

https://www.box.net/shared/ws6c1lzi72gzh9cntdvk
Klik imej untuk muaturun

Thursday 20 February 2014

10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA

1.Robert Kuok (Kuok Group) : RM54.480billion
2.Ananda Krishnan (UsahaTegas) : RM33.193billion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) : RM18.066billion
4.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) : RM14.110 billion
5.Tan Sri Lee Shin Chen (IOI Group) : RM13.115 billion
6.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (Albukhary) : RM11.070 billion
7.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) : RM9.434 billion
8.Puan Seri Lee Kim Hua (Genting) : RM7.467 billion
9.Datuk Mokhzani Mahathir (SapuraKencana) : RM4.222 billion
10.Tan Sri Azman Hashim (Amcorp) : RM4.108 billion