Monday 25 November 2013

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU JANUARI 2014

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013, Isnin. Pertukaran antara negeri sahaja.
Layari e-GTukar

INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (PPSAT) 2014

https://www.box.net/shared/2z4jzzdvoob61qdtgxq0
Klik imej untuk muaturun

Monday 18 November 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2014

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2014

Syarat-syarat permohonan:
>> Semenanjung Malaysia
>> Sabah & Sarawak

Dibuka mulai 14 November hingga 27 November 2013
Link : http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Tuesday 12 November 2013

ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE WEBSITE

http://www.eltc.edu.my/

VISI DAN MISI KPM YANG BARU

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7/2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru.
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

PEMAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN BISP

https://www.box.net/shared/q1un752a389bcmb88x4d
Pemberian BISP diberhentikan mulai 1 Januari 2014. Klik imej untuk muaturun surat siaran.

ALLAH LINDUNGI TUANKU DUNIA AKHIRAT


Sunday 10 November 2013

KURSUS ICT LITERACY (ICTL) FOR YEAR 6


Kursus Orientasi ICT Literacy (ICTL) For Primary Schools Teaching Guide Year 6 Kepada Guru-Guru Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kelantan 2013
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang


13 - 14 NOVEMBER 2013  
SMK SRI WANGI, GUA MUSANG

Wednesday 6 November 2013

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Rasional

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
 
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)