Sunday 15 December 2013

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT BAHASA INGGERIS KSSR TAHUN 4

https://www.box.net/shared/0x17k6hzjdgy164v8bqg
Click image to download.

Source: KSSR Online

KEPUTUSAN PMR 2013 PADA 19 DISEMBER 2013

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember 2013. Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama. Semakan keputusan PMR melalui SMS akan diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember 2013 hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013.
Cara Semakan Keputusan PMR 2013 Guna SMS
Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR 970310125879 hantar ke 15888

Tuesday 10 December 2013

PELANTIKAN BARU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Wednesday 4 December 2013

EDMODO WHERE LEARNING HAPPENS

https://www.edmodo.com/
Click the image to go to the website

PENGISIAN SKOR PKS-SKPM 2003

http://www.moe.gov.my/enazir/
1. Merujuk Surat Siaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) bertarikh 22 November 2013, semua sekolah diminta untuk mengisi skor PKS-SKPM 2003 di Portal NKRA (http://nkra.moe.gov.my) mulai 9 Disember 2013. Surat siaran boleh di muat turun dalam portal eNazir (www.moe.gov.my/enazir).
2. Pengisian skor PKS-SKPM 2010 ke dalam portal adalah mengikut tarikh seperti berikut:

 SEKOLAH
TARIKH PENGISIAN 
 Sekolah Rendah
 1 November 2013 - 27 Disember 2013
Sekolah Menengah
1 Februari 2014 - 
11 April 2014 

Monday 25 November 2013

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU JANUARI 2014

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013, Isnin. Pertukaran antara negeri sahaja.
Layari e-GTukar

INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (PPSAT) 2014

https://www.box.net/shared/2z4jzzdvoob61qdtgxq0
Klik imej untuk muaturun

Monday 18 November 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2014

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2014

Syarat-syarat permohonan:
>> Semenanjung Malaysia
>> Sabah & Sarawak

Dibuka mulai 14 November hingga 27 November 2013
Link : http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Tuesday 12 November 2013

ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE WEBSITE

http://www.eltc.edu.my/

VISI DAN MISI KPM YANG BARU

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7/2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru.
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

PEMAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN BISP

https://www.box.net/shared/q1un752a389bcmb88x4d
Pemberian BISP diberhentikan mulai 1 Januari 2014. Klik imej untuk muaturun surat siaran.

ALLAH LINDUNGI TUANKU DUNIA AKHIRAT


Sunday 10 November 2013

KURSUS ICT LITERACY (ICTL) FOR YEAR 6


Kursus Orientasi ICT Literacy (ICTL) For Primary Schools Teaching Guide Year 6 Kepada Guru-Guru Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kelantan 2013
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang


13 - 14 NOVEMBER 2013  
SMK SRI WANGI, GUA MUSANG

Wednesday 6 November 2013

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Rasional

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
 
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Monday 30 September 2013

SEMOGA PMR CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG


LEARNING PYRAMID


SISTEM ANALISA KOMPETENSI

 Sila klik imej untuk akses laman sesawang.

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun
 
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober