Saturday 26 April 2014

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE 57

Klik imej untuk besarkan.

PENAWARAN BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)

http://apps.moe.gov.my/ehlp/hlp/
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Sepenuh Masa (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 25 April (Jumaat)hingga 24 Mei 2014 (Sabtu). Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau sila klik di pautan ini.

HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014


Thursday 3 April 2014

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA/MSPADA] SESI 2014/2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

E-GTUKAR PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2014

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2014. Sila semak maklumat anda melalui laman web e-Operasi. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran dibuka.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

http://web.moe.gov.my/lp/