Sunday 23 February 2014

GURU TIDAK PERLU TERUSKAN PELAKSANAAN PBS SEHINGGA DIBERITAHU


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
Selain itu, antara tindakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari semasa ke semasa," katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
- BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd

CONTOH KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT BERUNTUNG 2

https://www.box.net/shared/ws6c1lzi72gzh9cntdvk
Klik imej untuk muaturun

Thursday 20 February 2014

10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA

1.Robert Kuok (Kuok Group) : RM54.480billion
2.Ananda Krishnan (UsahaTegas) : RM33.193billion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) : RM18.066billion
4.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) : RM14.110 billion
5.Tan Sri Lee Shin Chen (IOI Group) : RM13.115 billion
6.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (Albukhary) : RM11.070 billion
7.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) : RM9.434 billion
8.Puan Seri Lee Kim Hua (Genting) : RM7.467 billion
9.Datuk Mokhzani Mahathir (SapuraKencana) : RM4.222 billion
10.Tan Sri Azman Hashim (Amcorp) : RM4.108 billion

Sunday 16 February 2014

BILIK GERAKAN PBS SEDIA MEMBANTU ANDA

Lembaga Peperiksaan telah menubuhkan Bilik Gerakan PBS yang bertujuan untuk menangani isu-isu PBS serta memberi khidmat bantu pelaksanaan PBS.
 
Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan PBS boleh menghubungi talian seperti di bawah:
 
Talian Meja Bantuan:
03 - 8889 3640/ 03 - 8889 3520/ 03 - 8889 3601/ 03 - 8889 3551/ 03 - 8884 3022
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam

URUSAN KENAIKAN PANGKAT KPM 2014

 

 

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KPM TAHUN 2014

 

Wednesday 12 February 2014

BUKU PANDUAN 1 MURID 1 SUKAN KPM

https://www.box.net/shared/0gxjjke9tsfz6t306e5p
Klik imej untuk muaturun.

BUDAK ZAMAN SEKARANG

KALENDAR MUET 2014 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Klik imej untuk besarkan

AWAS PENDRIVE TIRUAN

Biasanya ia dijual di pasar malam atau pasar minggu secara terbuka, menawarkan kapasiti yang sangat besar seperti 32GB - 256GB pada harga yang terlalu rendah serta packaging yang agak kasar dan tidak kemas berbanding yang asli. Pembeli berisiko mengalami masalah kehilangan data kerana ia mudah rosak atau corrupt.

Sunday 9 February 2014

KURSUS PEMBANGUN KOMPETENSI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN PPB 2014

http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/
Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Kursus ini dijalankan selama lima hari, bersamaan dengan 30 jam secara sepenuh masa antara bulan Mac hingga  November 2014. Kehadiran dalam kursus ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk kenaikan pangkat ke DG44 secara time-based.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014. 

Surat Kursus PBB
http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG

Bagaimana mendaftar Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB?


  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
  4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
  5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
  6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
  7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.
 

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM PENGGAL 3 2013 ONLINE

Semakan keputusan peperiksaan STPM penggal 3 2013 secara online. Calon boleh menyemak keputusan mulai 10 Februari 2014 seperti yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Talian semakan keputusan STPM penggal 3 secara online atau SMS akan dibuka bermula pada pukul 10 pagi.

Semakan Keputusan STPM Penggal 3 2013 Online 



BUKU PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KBAT

https://www.box.net/shared/wzvkdjvx33r6uhsugx78
Klik imej untuk muaturun.

3 GELOMBANG BUKU TEKS DIGITAL KPM

Klik untuk besarkan.
Terdapat 313 judul Buku Teks Digital Kementerian Pelajaran Malaysia. Merujuk pemberitahuan terkini dari Portal KPM. Buku teks boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net. Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang.

Saturday 8 February 2014

PROMOSI JURNAL PENDIDIKAN

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4050
Klik imej untuk ke laman sesawang.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan  Malaysia  akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4047
Klik imej untuk ke laman sesawang.

Wednesday 5 February 2014