Sunday 9 February 2014

KURSUS PEMBANGUN KOMPETENSI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN PPB 2014

http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/
Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Kursus ini dijalankan selama lima hari, bersamaan dengan 30 jam secara sepenuh masa antara bulan Mac hingga  November 2014. Kehadiran dalam kursus ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk kenaikan pangkat ke DG44 secara time-based.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014. 

Surat Kursus PBB
http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG

Bagaimana mendaftar Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB?


  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
  4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
  5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
  6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
  7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.
 

No comments:

Post a Comment